Kursus ini adalah bertujuan sebagai SYARAT WAJIB perlesenan Premis Makanan serta termaktub di bawah Akta Makanan 1983 serta Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009) yang mewajibkan setiap pengendali makanan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapat sijil LPM daripada institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kegagalan setiap pengendali makanan untuk mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan:
Kegagalan setiap pengendali makanan untuk mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan:
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua(2) tahun jika tidak menjalani latihan atau memiliki sijil LPM.
KENAPA???
Kursus ini penting kerana:
- Pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009)
- Menjadi Syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis)
- Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil HALAL oleh Jabatan Agama Islam Negeri
- Mengelak dari didenda oleh pihak berkuasa tempatan PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
SIAPA PERLU HADIR???
Kursus ini WAJIB dihadiri oleh semua pengendali makanan termasuk pengusaha dan pekerja yang bekerja di premis-premis makanan berikut:
- Kilang Makanan/ Minuman
- Hotel/ Resort
- Restoran/ Kedai Makan/ Kafeteria
- Medan Selera
- Pasaraya
- Bakeri/ Kedai Roti/ Kek
- Kantin Sekolah/ Dapur Asrama/ IPTA/IPTS/ Kilang/ Pejabat
- Pusat Jagaan/ Tadika
- Gerai/ Penjaja/ Pasar Malam
- Pembekal dan pengilang makanan yang sedang menjalankan perniagaan atau ingin memulakan perniagaan
- Katering
- Kedai Runcit
- Homemade Bakers serta individu yang mementingkan aspek kebersihan makanan juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini.
** SETIAP PENGENDALI MAKANAN PERLULAH MENJALANI LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEUMUR HIDUP **